• AhLaN WaSaHlaN

    ""Demi Allah...!!! Sendainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini. Aku tidak akan meninggalkannya,meskipun aku hancur dalam mempertahankannya.""
    Aku kini kembali O_o

Kembali

Posted by Rafiq Hanif On 4:41 PM 0 comments

Assalammualaikum,

Allah dah berdebu blog ni.. 2 tahun x update... ish2.. ape nk jadilah... pastu lupe password.. sekarang dah dpt blk akaun blog ni.. jadi mulalah nk menulis kembali..

Semoga semua dalam rahmat tuhan. insyaAllah. xtau nk tulis ape. agak beku and kekkok sbb lame x menulis.. erm... insyaAllah nnti ada apa-apa sy tulis kembali =)

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


gegaran isu politik Malaysia
 
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1)     Syarat kepada penuduh :
  • Beraqal
  • Sudah baligh
2)     Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3)     Syarat orang yang dituduh
  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

TAMBAHAN

Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan  bekas Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
S.S Dr Mufti Perlis ( sekarang bekas) dinyatakan berkata :-
"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." ( Sumber )
Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut
Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.
Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.
Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.
Kesimpulannya, begini :-
1-  Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.
2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)
3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.
4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.
5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.
6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya. 
7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.
Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
 


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
29 Jun 2008

Barakallahu lakuma

Posted by Rafiq Hanif On 5:32 AM 0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Barakallahu lakuma buat semua baitul muslim!

p/s: Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Ikhlaskanlah daku hanya untukmu ya Rabb. Amin.

:: buatmu mutarabbiku ::

Posted by Rafiq Hanif On 8:50 AM 0 comments

assalammualaikum..

apa khabar entum semua.. kali ni suka saya me-repost kembali tulisan murabbi saya yang mana inilah kata-kata yang ikhlas dari seorang murabbi.. setelah menghayati kembali.. terasa besarnya dan hebatnya pengorbanan seorang daie dalam mencapai targetnya terhadap mad'unya.. terimalah =)


akhir-akhir ini, sesuatu sering bermain-main di mindaku..perlahan dan sekali sekala ia sering terlintas berbicara di sudut kecil hatiku juga..tatkala sedang berjalan ke surau untuk menunaikan solat maghrib, aku terbayang-bayangkan seorang demi seorang mutarabbiku yang bakal bertebaran di medan dakwah yang baru iaitu alam universiti.


"SubahanAllah siapalah yang dapat memimpin mereka sampai ke peringkat sebegini," pujaan aku hadirkan buat kekasih hati.


sedangku berjalan juga, hatiku tiba-tiba hiba memikirkan ketetapan dakwah ke atas diriku..pengurusan praktikalku semester ini terpaksaku tangguhkan atas urusan dakwah..sedih juga memikirkan kerana terpaksa berpisah dengan batch aku..apatah lagi member-member belajarku..tatkala aku sibuk dengan urusan dakwah, merekalah yang sering membantuku dalam membuat assigment, menguruskan project dan berbagai lagi..nampaknya terpaksalah aku berusaha sendiri selepas ini dan terpaksa mencari teman baru di batch yang baru..mungkin aturan Allah itu lebih baik untuk diriku dan dakwah..dan mungkin aku rasakan itu suatu tingkat peningkatan iman buat diriku..


"apalah yang ada dalam diriku sebagai hamba yang lemah untuk mengetahui aturan terhebatmu itu wahai teratas," detik hatiku perlahan.


sampai sahaja disurau aku tunaikan solat seperti biasa..dalam solat itu, aku hadirkan perbicaraan hatiku denganMu..aku memuji kebesaranMu..aku berbicara dengan ayat-ayatMu..hinggalah tanpaku sedari tiba-tiba air mataku mengalir deras jatuh..


"ayat-ayatMu ya ilahi hidup dengan hebat..sungguh tiada tuhan yang layak disembah melainkanMu"
"kebesaran dan kekuatanMu ya Allah mengatasi segalanya..siapalah yang paling Berkuasa keatas setiap sesuatu dimuka bumi ini melainkan diriMu wahai yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa"


tiba-tiba dalam bacaan imam hadir ayat mengenai neraka..


"Astaghfirullahal azim..aku takut ya Allah..dosaku terlalu banyak padaMu..aku malu kepadaMu..hambaMu yang lemah ini wahai Maha Mengetahui, adalah seorang yang hina..adalah seorang yang keji..hebat berkata-kata dengan ayatMu, tapi masih fasik padaMu..aku takut dengan kabar nerakaMu yang Maha Pengampun," mengalir air mataku tertunduk dalam keadaan berdiri.


perlahan, satu persatu layar bicaraku hadirkan dengan kekasihku itu..cukup rindu dalam hatiku ingin menjadi orang berjaya seperti FirmanNya


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman..orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya" (al-mu'minun:1-2)


moga diberikan kekuatan iman dan cintaNya dalam diriku..selepas memberi salam, ku lihat satu saf denganku adalah rakan seperjuanganku,


"moga Allah merahmatimu wahai sahabat..ku tahu taqwa dan imanmu lagi hebat dariku, malahan engkau sembunyikan dari manusia, cukup hebat dirimu sahabat, moga diberikan taqwa dan imanku sepertimu" ketuk hatiku membalas bisikan riya' syaitan.


aku pun perlahan mengalunkan zikir-zikir memujiMu..mengalir lagi air mataku takut dengan dosaku..tiba-tiba handphoneku bergetar, aku lihat ia adalah mesej mutabaah dari mutarabbiku.


"moga Allah mengukuhkan imanmu sahabat"


hatiku tiba-tiba membuka bicara mengenai mutarabbiku..makin deras tanpa ku sedari air mataku mengalir..cukup berat sebenarnya bagiku melepaskan mereka..sudah hampir 2 tahun diri ini mentarbiyyah mereka dengan penuh suka dan duka..


siapalah yang tidak merasa berat meninggalkan mereka tatkala dengan penuh perasaan diri ini mendidik seseorang pelajar kecil yang tidak mengetahui apa-apa tentang dakwah dan kini sudah pun besar hingga mengalir dalam diri mereka darah pejuang..siapalah yang tidak merasa berat tatkala fikiran dan hatinya berhempas pulas memikirkan setiap masalah mutarabbinya..siapa yang tidak merasa berat tatkala dia bersama-sama dengan mutarabbinya menghadapi satu persatu dugaan dalam dakwah..siapa yang tidak merasa berat tatkala jiwanya menghadapi berjuta ujian untuk mendidik mereka..Allah sajalah yang Maha Mengetahui...


dan ketahuilah, itu cukup berat buat diriku..


terlintas dalam hatiku, ketika mula-mula aku membuka halaqah disekolah itu..hebat sekali dakwahnya..hampir 4 halaqah aku bina seorang diri..namun tidak disangka, secara tiba-tiba aku difitnah, terus strategi dakwahku diubah secara sir..dan saat itu memang benarlah firmanNya,


"Dan fitnah itu lebih kejam dari membunuh" (al-baqarah:191)


hampir saja diri ini terasa ingin membunuh diri..Allah sahajalah yang Maha Mengetahui betapa peritnya tatkala jiran, keluarga, dan sekolah mempercayai segala fitnah itu..namun, Alhamdulillah bicara Kekasihku denganku memberikan diri ini satu kekuatan yang luar biasa, hinggalah hatiku sudah tegar menghadapi dugaan hidup..teringat aku ketika bicaraku denganMu atas ayat-ayatMu dalam surah an-Naml..saat itu, bicara ini menenangkan segala kehibaan hati..SubahanAllah, engkaulah yang Maha suci...


berlangsungnya fitnah itu, hampir semua halaqah aku cair dibuatnya..moga Allah mengampunkan si pemfitnah..tinggallah satu halaqah sahaja iaitu ikhwah form 4 yang ketika itu yakin dan membantu meneguhkanku dimata sekolah..dan ketika itu, namaku naik ke jabatan pendidikan dan sudah pun di 'black list'..Alhamdulillah aku hadapi ujian ini dengan tenang..dan berkat kekuatan yang diberi TuhanKu, aku masih tekad meneruskan halaqah dengan mereka..saat itulah, aku belai dan pimpin mereka yang masih istiqamah ini untuk terus mengenal islam dan dakwah dengan mendalam..aku perhatikan seorang demi seorang..aku sentiasa pikirkan bagaimana ingin membentuk seorang demi seorang..dan aku sentiasa berdoa dalam tahajud serta solatku binaanku ini terus menjadi untuk memikul risalah suci...


kini mereka sudahpun memasuki tahun baru, 2007..dan mereka sudah pun bergelar senior atau form 5, dan ketika itulah aku cukup gembira kerana adikku juga terus istiqamah dan ingin benar mengikut halaqah..mungkin inilah bantuanMu dalam mengubat luka fitnah itu..saat ini, aku juga memimpin mereka sekali dengan adikku..agak kekok juga awal-awal itu kerana menghalaqahkan adik sendiri..namun lama kelamaan, itu sudah tidak menjadi masalah bagiku..perlahan aku meniti perjalanan dakwah sekolah..dan di awal 2007, aku sendiri menemui satu kekuatan yang dapat mengukuhkan mutarabbiku dengan dakwah..teringatku bicara seorang mujahid, as-syahid imam hasan albanna dalam arkanul baiah (risalah ta'lim), dalam rukun ke-9 iaitu ukhuwah,


"Ukhuwah, yakni pengikatan hati dan jiwa dengan ikatan aqidah"


dan saat itu, aku mula kukuhkan mereka dengan ukhuwah sesama mereka kerna seperti kata al-akh ini, mengukuhkan dakwah adalah dengan ukhuwah dan ia juga teramat kuat berkaitnya dengan iman..maka, terus aku kenalkan kepada mereka dengan halaqah sendiri..aku bina dalam mereka konsep syura..aku arahkan mereka untuk buat program bersama-sama..dan segalanya hanyalah untuk membantu mereka untuk kenal apa itu iman dan apa itu dakwah..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dari masa ke masa, pemahaman mereka akan iman dan dakwah makin jelas..ketika itulah, aku mula mengerakkan mereka dengan dakwah..menyampaikan tazkirah, membuat risalah dan berbagai-bagai hinggalah mereka kini ada yang sudah mampu memegang halaqah ke bawah..


"subahanAllah, aturanMu ini cukup hebat..segalanya adalah dariMu wahai rabbul alamin"


tidak lupa dalam mendidik mereka, aku terapkan fikrah dakwah..aku serapkan dalam hati mereka dakwah di Malaysia..aku arahkan semangat dakwah yang tercetus dalam diri mereka dengan teliti..dan aku meletakkan seluruh jiwa dan perasaanku memimpin kaki mereka dalam meniti dunia yang hina ini..




dan kini, mereka sudah pun hampir tamat persekolahan..dan saat peperiksaan mereka semakin dekat, aku kaji perjalanan dakwah mereka ke hadapan..aku tahu saat habis persekolahan, mereka pasti akan berdepan dengan cuti dan tipuan duniawi..ketika itulah, aku bertungkus lumus membuat materi tarbiyyah iaitu "tarbiyyah dzatiyyah" agar dapat aku sampaikan ketika halaqah terakhir supaya jadi bekal buat mereka ketika tamat persekolahan..dan di halaqah terakhir ini, sememangnya semakin banyak dugaan yang hadir hinggakan kami terpaksa tidur dan bangun semula jam 3 pagi untuk berhalaqah


"Allah sajalah yang Maha Kuasa atas segalanya"


dan apabila berlangsungnya peperiksaan mereka, hatiku masih rindu untuk membuat liqa' dengan mereka walaupun kami sudah membuat halaqah terakhir..makin berat hati ini saat ingin melepaskan mereka semua...


namun..masa tetap berdetik..matahari tetapkan menjalankan aturannya..dan hidup tetap melangkah mengikut corak gerak tuhanNya..dan tika ini, aku sudah pun berpisah dengan mereka..berpindahnya medan dakwah mereka ke universiti sekali gus akan menukar murabbinya sekali..apalah daya dalam diri ini ketika cintanya pada mereka kerana Allah cukup kuat hingga amat perit melepaskan setiap satu dari mereka..moga Allah sentiasa mengukuhkan langkah mereka hingga kami bertemu disyurga..



dan hari ini, detik ini, aku meneliti perjalanan hidup mereka ke depan..aku teliti beberapa ikhwah yang akan ke mesir..aku teliti segelintir yang akan ke darul quran..aku amati perjalanan beberapa dari mereka yang akan ke universiti aku sendiri dan juga universiti lain..aku amati layar aturan Tuhan terhadap mereka satu persatu..hingga terkadang menitiskan air mata..dan untuk itu wahai mutarabbiku, dengarkanlah pesananku ini kepadamu sebagai pengubat sepinya cinta, dan peganglah kata-kataku ini dalam meniti layar hidup yang penuh dugaan ini,


wahai mutarabbiku, dengarlah..




"mesti..jadikan wawasan yang ada dalam dirimu itu adalah wawasan dakwah..dan jangan sesekali nyalakan wawasan duniawi dalam dirimu kerna itu bakal merosakkan jiwamu sendiri dan akan mematikan hatimu..


hidupkan dalam hatimu alquran dan cinta kepadaNya wahai sahabat..jadikan alquran itu sebagai temanmu dikala duka mahupun suka..hidupkan setiap ayat-ayatNya dalam hatimu..bicaralah dalam setiap langkah hidupmu dengan bicara ayat Tuhanmu..jangan pernah leka dalam setiap gerak langkahmu dengan manisan duniawi malahan biarlah dirimu waspada walau dalam luka dengan manisan akhirat dan cinta tuhanMu..


ingatlah wahai sahabat sejauh mana engkau menyulam hidupmu dalam dunia dakwah, pastikan futur itu tidak kau kuatkan saat ia terlintas dalam hatimu..biarlah perit dan duka yang kau lalui dalam arena dakwah adalah kekuatan buatmu..dan biarlah dakwahmu itu nampak perlahan tetapi tetap dengan istiqamah, bukannya futur..


perteguhkan akidah dalam dirimu dan jangan sesekali engkau bermaksiat kepada Allah..andai itu ada wahai sahabat, teruslah bertaubat kepada Allah kerana Allah itu wahai sahabat adalah Maha Pengasih lagi Pengampun..namun ingatlah jua, murkaNya itu juga sentiasa berlegar disisiNya saat engkau permainkan ayat-ayatNya..dan janganlah hinakan dirimu sampai saat Tuhanmu kuncikan hati, penglihatan dan pendengaranmu..waspadalah wahai sahabat..


dan sahabat, ingatlah..awasi gerak atur hidupmu dari syaitan yang direjam..terus kuatkan dalam hatimu, ia adalah musuh yang nyata buatmu..sentiasa cari Allah dan ingatilah kepadaNya dengan ingatan yang banyak kerana wahai sahabat itulah sebenarnya punca kekuatan bagi seorang dai..


terus cuba ikat dirimu dengan tuhanmu hinggalah ikatan tali cintamu itu tersimpul mati dengan tali cintaNya..dan tatkala cintaNya itu hadir, jagalah ia dengan baik..jagalah ia dengan baik kerna andai ia terlepas darimu sememangnya amat perit mencarinya semula dan amat menyakitkanmu jua untuk bertemu dengannya lagi..dan terakhir dariku sahabat, aku akan terus mendoakanmu hinggalah sampai saat kita tersenyum bertemu di syurga nanti..dan peganglah hadis qudsi ini "Jagalah Allah, Allah menjagamu"..Allahu akbar!!...ayuh julang tinggi risalah suci!!"




uhibbukum fillah abadan abada... T_T




nukilan ikhlas dari hati seorang murabbi,
pecinta dakwah

Jika Terakhir Buatku

Posted by Rafiq Hanif On 5:20 AM 0 comments

assalammualaikum,
lagu ni merupakan fav semasa saya.. cube hayati liriknya ek?
rumate ku aziim mesti dah biasa dgr ek kn aziim? hehe





Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Fitnah Akhir Zaman Huffaz

Posted by Rafiq Hanif On 6:03 AM 0 comments

Assalammualaikum…

Harap pandangan ana ni tidak sakitkan hati mana-mana pihak… artikel ini dikhususkan untuk warga Darul Quran..dimana... saat ini tidak putus-putus fitnah bertebaran.

FITNAH

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Ayat ini cukup jelas menjelaskan lagi perihal fitnah yang berlaku kerana tidak mendapat kesahihan sebenar.. tetapi yang berlaku adalah sebaliknya… fitnah atau cerita telah tersebar dulu tanpa mendapat kesahihan sebenar.. mungkin kerana iman akhir zaman ini yg senipis kulit bawang telah pun terbang bersama-sama tiupan angin..

Fitnah akhir zaman yang berlaku dalam kalangan mereka yang bibirnya sentiasa basah membaca kalam tuhan.. kitab paling agung..kitab paling lama… dan mukjizat nabi… manusia dikurniakan akal untuk berfikir.. itulah yg membezakan antara yang haq dan yang batil.. antara lembu atau manusia.. suka saya menggunakan istilah sahabat saya.. akh syaibani.. dimana istilah yang tepat bagi mereka yang menerima suatu khabaran yang belum jelas keshahihannya dan menyebarkannya ibarat halilintar.. menikutnya tanpa cube memikirkan kebenaran

FENOMENA

Fenomena ini bukan lagi baru berlaku didarul quran.. bahkan telah berlaku agak lama.. sehingga mentaliti dan pemikiran pelajar disini agak tertutup sedikit jumud . mungkin andaian saya.. saya membuat contoh:

Contoh 1:
Si A merupakan naqib si B, dan si A ni memang terkenal dengan kewarakan serta kebaikannya. Lalu suatu hari Si A ni mengkhabarkan berita yang belum si A sendiri tahu kesahihannya.. makan di terimanya si B bulat2.. lalu menyampaikannya kepada yang lain..

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.




MENGHUKUM
Setelah apa yang saya perhatikan disini. Pengkajian yang telah saya lakukan terhadap situasi disini, merekanya kebanyakan suka menghukum… haram.. salah..  dosa.. sedangkan mereka tidak mengetahui serba serbi apa yang berlaku.. ana ibaratkan macam wali.. dapat membezakan iman seseorang..sehinggakan terlampau megah diri sampai dapat menyukat keimanan seseorang.. nauzubillah. Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Tetapi hakikat yang berlaku..
Contoh 1:
Apa pandangan kamu tentang si A:
Oh die ni… setakat ni belum pernah Nampak si A ni ke masjid..
Cuba baca berulang-ulang kali ayat diatas. Saya tidak mahu menghurainya dengan lebih lebar..
Ubahlah mentaliti kita
KHABAR ANGIN
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

PRK DQ

Sebar artikel & tampal artikel yang tidak patut dibangunan2 asrama, menyebar fitnah keburukan seseorang dengan begitu terang siap suruh di’link’ kepada sahabat2, ahli usrah, dan mcm2.. mempengaruhi mereka dengan ancaman-ancaman keras. Dan macam2 lagi bentuk fitnah.. itu diibarat membuka aib orang laen.
Imam Syafi’i berkata:
مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ
“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”
Dari pandangan mata ana, ana nmpk student disini agak berpecah belah disebabkan fitnah yang melanda fikiran pelajar-pelajar.

Apatah lagi apabila musim Pilihan Raya Kampus yang bru saja berlangsung menuduh sekeras-kerasnya Penyelaras Pemilihan Calon [PPC] adalah tidak telus, Ust Rafiq and the gang ada agenda tersendiri menjatuhkan Perkemat. Dan sebagainya..

Saya sendiri menafikan sekeras-kerasnya TUDUHAN yang diletakkan dibahu saya, ada yang menuduh saya yang menampal artikel ‘dirancang’ seperti tahun lepas . dan mungkin bila saya tiada di sini pon tidak tahu sampai bila akan berakhir.. apa yang kita mahukan adalah keSATUan jikalau kita antara mereka yang menjaga kalam tuhan pon sudah berpecah belah, macam mana orang lain? Pandangan masyarakat terhadap kita? Jadi.. fikirkanlah wahai huffaz-huffaz sekalian.. gunakan nikmat akal anda sebaiknya.. jaga pancaindera kita sebaiknya. Huffaz peneraju perubahan.

Harapan Baru Untuk Perkemat [H.B.U.P]
Ke arah pilihanraya yang diberkati,
Muhammad Rafiq Hanif bin Othman.

selamat hari raya 1431H

Posted by Rafiq Hanif On 11:44 PM 0 comments

Selamat Hari Raya to all.
Maaf Zahir dan Batin.