• AhLaN WaSaHlaN

    ""Demi Allah...!!! Sendainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini. Aku tidak akan meninggalkannya,meskipun aku hancur dalam mempertahankannya.""
    Aku kini kembali O_o
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tazkirah

Posted by Rafiq Hanif On 10:59 PM 0 comments



"Baru-baru ni entah kenapa masa aku beri pengisian, idea-idea susah nak keluar. Kalau dulu, tak payah susah-susah nak buat persedian, boleh je sampaikan."


"Tengok balik diri kau. Agak-agak dulu masa kau boleh beri tazkirah dengan lancar tu, macam mana diri kau?"

"Macam mana diri aku? Maksud kau?"

"Mungkin ada ciri pada diri kau pada masa tu yang sekarang mungkin dah tak ada."

"......"

"Macam mana mutaba'ah kau?"

"Er..mutaba'ah aku baru-baru ni agak tak terjaga. Qiamullail buat sikit-sikit je. Quran pun payah nak baca."


"Itulah puncanya. Mutaba'ah kita ni adalah kaedah pemantauan yang kita gunakan untuk mengevaluasi hubungan kita dengan Allah. Bila kita kurang dekat dengan Allah, pertolongan daripada Allah tu sukar untuk sampai. Dalam memperjuangkan Islam, bukan kehebatan diri kita yang menjadi faktor kemenangan. Tetapi pertolongan Allah. Allahlah yang memberikan kejayaan itu kepada kita. Itu kenyataan yang kita kena sematkan dalam jiwa kita. Cuba lihat Umat Islam berperang dengan Kaum Musyrikin dalam perang badar. 313 melawan 1000. Perbezaan hampir 3 kali ganda. Malah kelengkapan perang jauh berbeza. Tetapi apabila Allah berkehendak, segalanya boleh berlaku."

"Jadi, kesimpulannya kena baiki mutaba'ah la ni?"

"Betul tu. Allah akan bantu orang-orang yang beriman.Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah."
Dan Kami merupakan hak Kami menolong orang-orang yang beriman. [Ar-Ruum, 30:47]

"Ok, tapi ada satu masalah lagi. Kadang-kadang aku dah sampaikan dengan begitu semangat dan yakin sekali. Tapi mad'u-mad'u aku macam tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Rasanya dah cukup jelas dah aku terangkan. Kenapa ya?"
"Aku rasa ni masalah communication breakdown ni."

"Hah?"

"Yes, communication breakdown. It will happen when there are assumptions."



"What do you mean?"

"Maybe you assumed that you have tell your audience the message clearly. But actually, they still can't get your point. You can't just assume. You need to prove your assumption."
"How?"

"By questioning them back what have you deliver."

"Eh, cukuplah speaking London ni, nak terbelit lidah aku."

"Hahaha...ok-ok. Jadi, kau faham tak ni?"

"Faham. Aku dah tanya mereka soalan berdasarkan penyampaian aku, tapi macam aku cakap tadi, mereka masih tak faham. Tak taulah kalau mereka pura-pura tak faham pula."

"Satu lagi kita kena ingat, dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada mad'u kita, sekali lagi, bukan kita punya kerja. Allah yang memberi kefahaman kepada mereka. Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 272."

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

"Kita hanya boleh berusaha menyampaikan dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Selebihnya urusan Allah. Perumpamaannya seperti telefon bimbit."

"Dah mula dah perumpamaan dia. Ni apa kaitan telefon bimbit pula ni."

"Dengarlah dulu. Jangan cepat sangat menyampuk. Macam ni. Kalau kau nak hantar SMS kepada aku dengan telefon bimbit kau tu, signal tu terus daripada telefon kau sampai ke telefon aku ke?"

"Tak, signal tu pergi ke pencawang terdekat dulu, kemudian ke pusat rangkaian, pergi ke pencawang semula, baru ke telefon kau."


"Betul tu. Macam tu juga kefahaman yang kita cuba sampaikan. Kelihatannya macam kita yang cuba memahamkan mad'u-mad'u kita. Tetapi hakikatnya, kita hanya mengatakan, tetapi yang menyampaikan kefahaman kepada mad'u kita tu Allah. Kadang-kadang telefon kita elok je, tapi telefon orang pula yang rosak. Ada masa pula, telefon kita yang rosak, telefon orang elok. Sama dengan menyampaikan kefahaman. Kadang-kadang ada buruk diri kita yang menjadi penghalang daripada hidayah Allah tu sampai kepada mad'u kita."

"Betul kata kau. Allah juga penentu segalanya. Jadi pengharapan kita kepada Allah kena ditingkatkan. Kena banyak muhasabah lagi ni. Rasanya masih ada maksiat yang jadi penghalang. Aku dah tahu apa yang aku kena buat. Jazakallah Khair."

"Wa iyya ka."

sumber=umairzulkifli

Di antara dua Tangisan

Posted by Rafiq Hanif On 12:10 AM 0 comments


AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama
titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur.
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

www.iluvislam.com