• AhLaN WaSaHlaN

    ""Demi Allah...!!! Sendainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini. Aku tidak akan meninggalkannya,meskipun aku hancur dalam mempertahankannya.""
    Aku kini kembali O_o

Tazkirah

Posted by Rafiq Hanif On 10:59 PM 0 comments



"Baru-baru ni entah kenapa masa aku beri pengisian, idea-idea susah nak keluar. Kalau dulu, tak payah susah-susah nak buat persedian, boleh je sampaikan."


"Tengok balik diri kau. Agak-agak dulu masa kau boleh beri tazkirah dengan lancar tu, macam mana diri kau?"

"Macam mana diri aku? Maksud kau?"

"Mungkin ada ciri pada diri kau pada masa tu yang sekarang mungkin dah tak ada."

"......"

"Macam mana mutaba'ah kau?"

"Er..mutaba'ah aku baru-baru ni agak tak terjaga. Qiamullail buat sikit-sikit je. Quran pun payah nak baca."


"Itulah puncanya. Mutaba'ah kita ni adalah kaedah pemantauan yang kita gunakan untuk mengevaluasi hubungan kita dengan Allah. Bila kita kurang dekat dengan Allah, pertolongan daripada Allah tu sukar untuk sampai. Dalam memperjuangkan Islam, bukan kehebatan diri kita yang menjadi faktor kemenangan. Tetapi pertolongan Allah. Allahlah yang memberikan kejayaan itu kepada kita. Itu kenyataan yang kita kena sematkan dalam jiwa kita. Cuba lihat Umat Islam berperang dengan Kaum Musyrikin dalam perang badar. 313 melawan 1000. Perbezaan hampir 3 kali ganda. Malah kelengkapan perang jauh berbeza. Tetapi apabila Allah berkehendak, segalanya boleh berlaku."

"Jadi, kesimpulannya kena baiki mutaba'ah la ni?"

"Betul tu. Allah akan bantu orang-orang yang beriman.Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah."
Dan Kami merupakan hak Kami menolong orang-orang yang beriman. [Ar-Ruum, 30:47]

"Ok, tapi ada satu masalah lagi. Kadang-kadang aku dah sampaikan dengan begitu semangat dan yakin sekali. Tapi mad'u-mad'u aku macam tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Rasanya dah cukup jelas dah aku terangkan. Kenapa ya?"
"Aku rasa ni masalah communication breakdown ni."

"Hah?"

"Yes, communication breakdown. It will happen when there are assumptions."



"What do you mean?"

"Maybe you assumed that you have tell your audience the message clearly. But actually, they still can't get your point. You can't just assume. You need to prove your assumption."
"How?"

"By questioning them back what have you deliver."

"Eh, cukuplah speaking London ni, nak terbelit lidah aku."

"Hahaha...ok-ok. Jadi, kau faham tak ni?"

"Faham. Aku dah tanya mereka soalan berdasarkan penyampaian aku, tapi macam aku cakap tadi, mereka masih tak faham. Tak taulah kalau mereka pura-pura tak faham pula."

"Satu lagi kita kena ingat, dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada mad'u kita, sekali lagi, bukan kita punya kerja. Allah yang memberi kefahaman kepada mereka. Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 272."

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

"Kita hanya boleh berusaha menyampaikan dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Selebihnya urusan Allah. Perumpamaannya seperti telefon bimbit."

"Dah mula dah perumpamaan dia. Ni apa kaitan telefon bimbit pula ni."

"Dengarlah dulu. Jangan cepat sangat menyampuk. Macam ni. Kalau kau nak hantar SMS kepada aku dengan telefon bimbit kau tu, signal tu terus daripada telefon kau sampai ke telefon aku ke?"

"Tak, signal tu pergi ke pencawang terdekat dulu, kemudian ke pusat rangkaian, pergi ke pencawang semula, baru ke telefon kau."


"Betul tu. Macam tu juga kefahaman yang kita cuba sampaikan. Kelihatannya macam kita yang cuba memahamkan mad'u-mad'u kita. Tetapi hakikatnya, kita hanya mengatakan, tetapi yang menyampaikan kefahaman kepada mad'u kita tu Allah. Kadang-kadang telefon kita elok je, tapi telefon orang pula yang rosak. Ada masa pula, telefon kita yang rosak, telefon orang elok. Sama dengan menyampaikan kefahaman. Kadang-kadang ada buruk diri kita yang menjadi penghalang daripada hidayah Allah tu sampai kepada mad'u kita."

"Betul kata kau. Allah juga penentu segalanya. Jadi pengharapan kita kepada Allah kena ditingkatkan. Kena banyak muhasabah lagi ni. Rasanya masih ada maksiat yang jadi penghalang. Aku dah tahu apa yang aku kena buat. Jazakallah Khair."

"Wa iyya ka."

sumber=umairzulkifli

Categories:

0 Response for the "Tazkirah"

Post a Comment