• AhLaN WaSaHlaN

    ""Demi Allah...!!! Sendainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini. Aku tidak akan meninggalkannya,meskipun aku hancur dalam mempertahankannya.""
    Aku kini kembali O_o

hidupku

Posted by Rafiq Hanif On 11:30 AM 1 comments

[maaf post ini agak keluar tajuk sedikit... tp xperlah.. blogku.. bkn blog mu..
harap kepada para readers x kecik hati.... chewah.. budget comel ler ade org bc blog ni.. haha]


setelah kesekian kalinya ku tidak mencoretkan perkara2 berkaitan peribadi..
tetapi... entah ler... masuk blog org sumer duk promote pasal hidup masing2...
jdi saje cam nk tulis journal plak...
[lalalalala]


sebenarnya.. ku nk tunjukkan rasa kecian ku... kerana ku tekad untuk berpisah...
yelah.. berpisah dengan laptop kesygku... sudah hmpir setahun kita bersama,
makan sekali, minum sekali, tengok cerite sekali... tido sekali... dan macam2 lagi yang kami lakukan bersama,
sehinggakan melahirkan rasa2 cinta dan sayang terhadap laptop ku.

walaupon laptop ni buat ku nmpk cam 24jam di laptop..
tp ku bkn seperti org laen...
maen games sampai panas,
tengok cerite sampai lebam,
maen internet cam nk mati,

tp ku hnylah..
jenis kene duk ngan laptop,
aku x taulah kalau anda tidak memahami
atau buat2 x faham..
bak kate en. zaid[ict dq][harap2 x bc blog aku~
klu x pegang laptop sehari.. tangan menggigil...
haha.. ku dapat rasakan itu...
jdi demi masa depan yang akan datang...
ku terpaksa merelakan pemergianmu~

aku ni jenis...
suke explore software,
klu ku minat bende 2 ku akan cube sampai dapat,
xpe lah.. nk mencapup lah sikit kebolehan diri..
klu dlm software ni...
ku plg minat
adobe photoshop,
adobe after effect,
cyberlink power director,
adobe audition,
xtau lah...
ramai org ckp ku ni berjiwa seni...
tp ku x tau dimana mereka menilai..
tulisanku hodoh,
lukisan ku buruk...
tp bile jumpe tetikus jd lawa plak...
cewah.. bangge diri


asal usul ku leh jadi minat ke koputer ni...
erm... mase kecik2 ku x pandai langsung...
jadi ketika ku tingkatan 1
family pindah ke sarawak..
jadi kerje ke hnye bermain game..
sampai lah 1 ketika.. komputer ku hancur... [biaselah bdk2]
x heran lah mase 2...
bile dah blk kl semula... ku jadi minat biase2...
tp SMAKL lah buat ku celik computer [proud to be smaklian]

ketika ku diamanahkn menjadi Ketua Pusat Sumber Elektronik [PSE]
hanya ku tau duk kat kaunter, jage komp... kawal dak2. jgn ramai2 masuk..
ala gaye cc 2.. cam manager ler..
tp ade 1 ketika ni..
1 syarikat Fikrah IT Solution ni dtg skolah,
kerje die mantainance komp sekolah.
pastu cikgu wat lah aku jdi mentee kepada syrkt ni..

dri x tau pape... 0 sampai ler.. aku tau maksud2 komponen2,
dipanggil hardware., tau cre nk repair, nk pasang and sebagainya,
alhamdulillah..lepas itu beralih kepada software..

1 persatu, camne nk protect pc, nk jage pc.. yg ku rase bende2 ni xdiajar ketika sekolah menengah..

Jadi Allah kurniakan kefahaman ku disini.

Dengan itu, aku berazam, biar dengan kepakaran yang Allah pinjamkan ini.. aku akan wakafkan untuk agama, akan ku tunjukkan kepada dunia bahawa islam tidak kalah,..

Jdi.. itulah kisahnya…

Yg terbaru dlm mase 2 bulan ni..

Ku tekun dalam mempelajari Adobe After effect

Terima kasih kepada sifu ku.. abg asyraf kerana sudi mengajar…

Terima kasih juga kepada Andrew Kraimer yg bnyk mmbntu dlm Tutorial..

Jdi Doakan ku Berjaya..

Anyways.. sbb laen ku nk berpisah adalah..

Ku akan masuk ke bidang photografi ^_^

Thankz annamir , mr. buyie.. kerna sanggup mmberi galakan dan sokongan..

Semoga dengan masuknya ku ked lm ilmu ni..

Dapat menunjukkan tentang kecantikan, keunikan ciptaan tuhan kepada manusia

Agar bias menyebut ; maha suci Allah tuhan yang menciptakan ~

Gadget ku

DSLR CANON 550D EOS

Akhir kalam.. wassalam

p/s: aku akan blk ke dq arni.. selamat tinggal semua..

doakn kejayaan ku~

anyways.. syukran coz bace coretan ku~ lalalala




Sepi

Posted by Rafiq Hanif On 12:08 AM 0 comments



assalammualaikum wbt,

setelah sekian lama , sepinya ana.. tanpa khabar berita.

meninggalkan blog yang kosong,

tanpa berupdate,

maka timbullah rasa bersalah,

takot lari dari tujuan asal membuat blog,

untuk menyampaikan,


walaupon senantiasa sibuk,

atau buat2 sibuk,

mahupun kesibukan yang tidak dapat dibendung,

ana tidak hilang, seperti biasa,

menjenguk blog2 kawan2,

menjadi 'silent reader' dlm bhs Melayunya.

sentiasa mencari idea2 baru,

tetapi bila sampai jari di 'keyboard' tetiba kaku.

fenomena yang senantiasa berlaku. O_o



tetapi amanat tetap perlu untuk diteruskan,

bicara perlu dimulakan,

demi mendidik jiwa-jiwa yang senantiasa mencari

suatu pengisian untuk dijadikan santapan iman,


jadi begitu,

sahabatku, bantulah aku,

pimpinlah daku mencari yang satu,

biar kita berbeza jalan,

berkhilaf pendapat,

tidak sama pandangan,

asalkan ukhwah terjaga


tapi niatnya satu,

untuk Deenul Haq

Islam tercinta


kini aku kembali~






Tazkirah

Posted by Rafiq Hanif On 10:59 PM 0 comments



"Baru-baru ni entah kenapa masa aku beri pengisian, idea-idea susah nak keluar. Kalau dulu, tak payah susah-susah nak buat persedian, boleh je sampaikan."


"Tengok balik diri kau. Agak-agak dulu masa kau boleh beri tazkirah dengan lancar tu, macam mana diri kau?"

"Macam mana diri aku? Maksud kau?"

"Mungkin ada ciri pada diri kau pada masa tu yang sekarang mungkin dah tak ada."

"......"

"Macam mana mutaba'ah kau?"

"Er..mutaba'ah aku baru-baru ni agak tak terjaga. Qiamullail buat sikit-sikit je. Quran pun payah nak baca."


"Itulah puncanya. Mutaba'ah kita ni adalah kaedah pemantauan yang kita gunakan untuk mengevaluasi hubungan kita dengan Allah. Bila kita kurang dekat dengan Allah, pertolongan daripada Allah tu sukar untuk sampai. Dalam memperjuangkan Islam, bukan kehebatan diri kita yang menjadi faktor kemenangan. Tetapi pertolongan Allah. Allahlah yang memberikan kejayaan itu kepada kita. Itu kenyataan yang kita kena sematkan dalam jiwa kita. Cuba lihat Umat Islam berperang dengan Kaum Musyrikin dalam perang badar. 313 melawan 1000. Perbezaan hampir 3 kali ganda. Malah kelengkapan perang jauh berbeza. Tetapi apabila Allah berkehendak, segalanya boleh berlaku."

"Jadi, kesimpulannya kena baiki mutaba'ah la ni?"

"Betul tu. Allah akan bantu orang-orang yang beriman.Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah."
Dan Kami merupakan hak Kami menolong orang-orang yang beriman. [Ar-Ruum, 30:47]

"Ok, tapi ada satu masalah lagi. Kadang-kadang aku dah sampaikan dengan begitu semangat dan yakin sekali. Tapi mad'u-mad'u aku macam tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Rasanya dah cukup jelas dah aku terangkan. Kenapa ya?"
"Aku rasa ni masalah communication breakdown ni."

"Hah?"

"Yes, communication breakdown. It will happen when there are assumptions."



"What do you mean?"

"Maybe you assumed that you have tell your audience the message clearly. But actually, they still can't get your point. You can't just assume. You need to prove your assumption."
"How?"

"By questioning them back what have you deliver."

"Eh, cukuplah speaking London ni, nak terbelit lidah aku."

"Hahaha...ok-ok. Jadi, kau faham tak ni?"

"Faham. Aku dah tanya mereka soalan berdasarkan penyampaian aku, tapi macam aku cakap tadi, mereka masih tak faham. Tak taulah kalau mereka pura-pura tak faham pula."

"Satu lagi kita kena ingat, dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada mad'u kita, sekali lagi, bukan kita punya kerja. Allah yang memberi kefahaman kepada mereka. Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 272."

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

"Kita hanya boleh berusaha menyampaikan dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Selebihnya urusan Allah. Perumpamaannya seperti telefon bimbit."

"Dah mula dah perumpamaan dia. Ni apa kaitan telefon bimbit pula ni."

"Dengarlah dulu. Jangan cepat sangat menyampuk. Macam ni. Kalau kau nak hantar SMS kepada aku dengan telefon bimbit kau tu, signal tu terus daripada telefon kau sampai ke telefon aku ke?"

"Tak, signal tu pergi ke pencawang terdekat dulu, kemudian ke pusat rangkaian, pergi ke pencawang semula, baru ke telefon kau."


"Betul tu. Macam tu juga kefahaman yang kita cuba sampaikan. Kelihatannya macam kita yang cuba memahamkan mad'u-mad'u kita. Tetapi hakikatnya, kita hanya mengatakan, tetapi yang menyampaikan kefahaman kepada mad'u kita tu Allah. Kadang-kadang telefon kita elok je, tapi telefon orang pula yang rosak. Ada masa pula, telefon kita yang rosak, telefon orang elok. Sama dengan menyampaikan kefahaman. Kadang-kadang ada buruk diri kita yang menjadi penghalang daripada hidayah Allah tu sampai kepada mad'u kita."

"Betul kata kau. Allah juga penentu segalanya. Jadi pengharapan kita kepada Allah kena ditingkatkan. Kena banyak muhasabah lagi ni. Rasanya masih ada maksiat yang jadi penghalang. Aku dah tahu apa yang aku kena buat. Jazakallah Khair."

"Wa iyya ka."

sumber=umairzulkifli