• AhLaN WaSaHlaN

    ""Demi Allah...!!! Sendainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini. Aku tidak akan meninggalkannya,meskipun aku hancur dalam mempertahankannya.""
    Aku kini kembali O_o

Fitnah Akhir Zaman Huffaz

Posted by Rafiq Hanif On 6:03 AM 0 comments

Assalammualaikum…

Harap pandangan ana ni tidak sakitkan hati mana-mana pihak… artikel ini dikhususkan untuk warga Darul Quran..dimana... saat ini tidak putus-putus fitnah bertebaran.

FITNAH

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Ayat ini cukup jelas menjelaskan lagi perihal fitnah yang berlaku kerana tidak mendapat kesahihan sebenar.. tetapi yang berlaku adalah sebaliknya… fitnah atau cerita telah tersebar dulu tanpa mendapat kesahihan sebenar.. mungkin kerana iman akhir zaman ini yg senipis kulit bawang telah pun terbang bersama-sama tiupan angin..

Fitnah akhir zaman yang berlaku dalam kalangan mereka yang bibirnya sentiasa basah membaca kalam tuhan.. kitab paling agung..kitab paling lama… dan mukjizat nabi… manusia dikurniakan akal untuk berfikir.. itulah yg membezakan antara yang haq dan yang batil.. antara lembu atau manusia.. suka saya menggunakan istilah sahabat saya.. akh syaibani.. dimana istilah yang tepat bagi mereka yang menerima suatu khabaran yang belum jelas keshahihannya dan menyebarkannya ibarat halilintar.. menikutnya tanpa cube memikirkan kebenaran

FENOMENA

Fenomena ini bukan lagi baru berlaku didarul quran.. bahkan telah berlaku agak lama.. sehingga mentaliti dan pemikiran pelajar disini agak tertutup sedikit jumud . mungkin andaian saya.. saya membuat contoh:

Contoh 1:
Si A merupakan naqib si B, dan si A ni memang terkenal dengan kewarakan serta kebaikannya. Lalu suatu hari Si A ni mengkhabarkan berita yang belum si A sendiri tahu kesahihannya.. makan di terimanya si B bulat2.. lalu menyampaikannya kepada yang lain..

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.




MENGHUKUM
Setelah apa yang saya perhatikan disini. Pengkajian yang telah saya lakukan terhadap situasi disini, merekanya kebanyakan suka menghukum… haram.. salah..  dosa.. sedangkan mereka tidak mengetahui serba serbi apa yang berlaku.. ana ibaratkan macam wali.. dapat membezakan iman seseorang..sehinggakan terlampau megah diri sampai dapat menyukat keimanan seseorang.. nauzubillah. Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Tetapi hakikat yang berlaku..
Contoh 1:
Apa pandangan kamu tentang si A:
Oh die ni… setakat ni belum pernah Nampak si A ni ke masjid..
Cuba baca berulang-ulang kali ayat diatas. Saya tidak mahu menghurainya dengan lebih lebar..
Ubahlah mentaliti kita
KHABAR ANGIN
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

PRK DQ

Sebar artikel & tampal artikel yang tidak patut dibangunan2 asrama, menyebar fitnah keburukan seseorang dengan begitu terang siap suruh di’link’ kepada sahabat2, ahli usrah, dan mcm2.. mempengaruhi mereka dengan ancaman-ancaman keras. Dan macam2 lagi bentuk fitnah.. itu diibarat membuka aib orang laen.
Imam Syafi’i berkata:
مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ
“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”
Dari pandangan mata ana, ana nmpk student disini agak berpecah belah disebabkan fitnah yang melanda fikiran pelajar-pelajar.

Apatah lagi apabila musim Pilihan Raya Kampus yang bru saja berlangsung menuduh sekeras-kerasnya Penyelaras Pemilihan Calon [PPC] adalah tidak telus, Ust Rafiq and the gang ada agenda tersendiri menjatuhkan Perkemat. Dan sebagainya..

Saya sendiri menafikan sekeras-kerasnya TUDUHAN yang diletakkan dibahu saya, ada yang menuduh saya yang menampal artikel ‘dirancang’ seperti tahun lepas . dan mungkin bila saya tiada di sini pon tidak tahu sampai bila akan berakhir.. apa yang kita mahukan adalah keSATUan jikalau kita antara mereka yang menjaga kalam tuhan pon sudah berpecah belah, macam mana orang lain? Pandangan masyarakat terhadap kita? Jadi.. fikirkanlah wahai huffaz-huffaz sekalian.. gunakan nikmat akal anda sebaiknya.. jaga pancaindera kita sebaiknya. Huffaz peneraju perubahan.

Harapan Baru Untuk Perkemat [H.B.U.P]
Ke arah pilihanraya yang diberkati,
Muhammad Rafiq Hanif bin Othman.

Categories:

0 Response for the "Fitnah Akhir Zaman Huffaz"

Post a Comment